Monday, March 28, 2011

Biskut sTrike + TungGang terBAlik

aku nk tunjuk mcmmane nk buat tulisan terbalik & tulisan strike kt status fb korunk . mungkin ade yang da tahu dan mungkin ade yang belum tahu . sebab ade kengkadang tu ak post status ak tulisan tunggang terbalik . diorang teruja tanye mcmmane nk buat ? so ak share la bende yang aku tahu nie . 

video


untuk tulisan terbalik :
http://www.upsidedowntext.com/


untuk tulisan strike plak :
http://adamvarga.com/strike/


da tulis tulisan yang nk di terbalikkn/strike . copy tulisan yg da jadi terbalik/strike kt box bwh tu paste kt status fb korunk


korunk leh combine due2 tulisan ni jika nk .
ok itu saje . selamat mencuba :)

Saturday, March 26, 2011

beRfixie diPagi hAri

ak malas nak menaip cerita baru . kalau ak bercerita pun bukanye ade orang yang bace , sebab tu aku rase malas sangat nak bercerita kat blog aku ni . eh Muzakkir ! da cerita ko x menarik, memang la xder orang nak bace apada . kau jangan bajet la kn <--suara hatiku berkata .  kesimpulanya ak letak gambar je la untuk korunk layan . sekali sekale ade jugak terasa nak jadi macam photographer . kau jangan nak bajet skali lagi la Muzakkir <---sekali lagi suara hatiku berkata , kali ni dengan nada yang marah ! gambar² ni ak ngn panjang snap lepas breakfast yang aku bawak 3in1 dalam entry sebelum ni . pakai kumera milik housemate aku seli lily . beskal fixie tu sahabat kami yang punya pekong nama panggilanya . ok layan~

photo taken : Muzakkir Sazali & Nazreen Zulkanian
camera : Nikon D3000 seli punye
lens : d80
edited by : Muzakkir Sazali
software used : Photoshop cs5















 skali lagi aku memnbajetkan diri , kali ni bajet macam bruno marshmelo plak . argh ak nie mmg kuat bajet la 

ok da bye :)



Wednesday, March 23, 2011

ini cErita tiga dalAm satu

minggu lepas di pagi hujung minggu yang agak aman , aku dan seorang sahabatku iaitu panjang bercadang untuk breakfast di kedai pakcik yang wajahnya seiras2 aR tompel . pakcik tu baik berkupiah lagi tapi entah mengapa aku suka mencari kembar seiras bila ak melihat seseorang . aku dan panjang gemar breakfast di kedai pakcik tu kerana dekat dan berpatutan harga makananya , nasi lemaknya pula dibasahi dengan sambal yang diperbuat daripada cili india kacukan pakistan . manis2 pedas rasanya . akan tetapi saiznya pula mengecewakan hanya sekali genggam pun boleh habis aku rasa . biasa la tu nasi lemak kampung memang cute2 belaka bersesuaian dengan harganya 50 sen sebungkus . owh patut la ramai awek2 kampung yang cute , mungkin mereka semua hari makan nasi lemak kampung yang cute2 gituh . merapu sudah aku nih , setalah pukol 7 pagi cerita pun bermula

"muz jom breakfast" panjang mengajak aku sambil bersiap2 memakai baju

"ok jom , eh jang ko nk jimat x ? kau bawak bende nie" dengan muka tahan gelak

"eh boleh ke bawak bende tu ?" panjang tertanye2 sehingga muncul tanda soal besar diatas kepalanya

"kau rilek je , xkn la kau x pernah buat ? aku kt asrama dulu selambe je . kt shah alam pun kengkadang aku buat" aku membalas pertanyaan panjang 

"yela2 , kau bawak dua aku bawak dua" panjang akhirnya termakan umpan yang aku beri

memang best suasana pagi di arau , lagi2 nk pergi breakfast sambil berfixie seronok oh tengok matahari terbit tepi sawah . kedai pakcik tu tidak berapa jaoh dari rumah sewa kami , kira-kira dua puloh kali kayuh sampai lah . tiba saja di kedai pakcik itu seperti biasa lah, aku ngan panjang paling tidak mesti makan nasi lemak 2 bungkus dan air suam , kengkadang air panas , kengkadang air berperisa . tapi pagi tu aku ngan panjang order air panas , betul2 panas . mungkin kerana cuaca yang sejuk ketika pagi itu . setelah kenyang makan aku dan panjang pergi lah bayar kt pakcik tuh

"makan pa tah ?" pakcik tu sudah bersedia sambil kalkulator di tanganya

"nasi lemak 2 air panas 1 dengan rokok suria sebatang" panjang menghulurkan seringgit 60 sen, lalu panjang tunggu aku di basikal

sampai giliran aku plak nk bayar

"makan apa ?" kali ni pakcik tu lagi bersedia dengan kalkulator ditangan dan juga kain yang dililit di kepala seperti orang jepun sedang membuat latihan matematik . haha

"nasi lemak 2 air panas 1" ak da ready seringgit di tangan

"eh air panas ? ang minum air pa td ? awat gelas tu air dy warna lain ?" pakcik tu hilang kepercayaan kat aku dan inginkan bukti yang aku minum air panas je.

ok mase tu aku dengan muke yang tebal kaw2 nye mengeluarkan plastik nescafe 3in1 yang aku dengan panjang bawak dari rumah dari poket seluar aku tunjuk kat pakcik tu. pakcik tu sambil tekan2 kalkulator tergelak dan menyebut huruf OoOOo . yang panjang da kayuh jauh2 sikit . argh aku tak kisah pun janji jimat :)

halusssss~ je

pengajaran cerita: kalo nak minum sedap di kedai makan sambil berjimat bawaklah 3in1 dari rumah ye, order air panas je . weeeee :)

sedikit nota ringkas
panjang mase tu dia minum abis , tu yang x kantoi tu . aku minum x abis ade lg air nescafe dalam cawan tu . pakcik tu pun pelik la . macam mane boleh cakap air panas tp ari berwarne gituh . haha cara jimat nie aku penah praktikkan time kt asra dulu . klo kt asrama lagi la fly malam bawak 3in1 + meggi paket lg. kt shah alam ak selambe je buat . lepak mapley pun kengkadang bawak 3in1 . nk jimat punya pasal .

Thursday, March 17, 2011

Biskut sCreeNcAst

ape tu screencast ? 

screencast adalah rakaman digital output skrin komputer, juga dikenali sebagai videoscreen capture, sering mengandungi narasi audio. Istilah ini screencast membandingkan dengan screenshot istilah yang berkaitan, sedangkan screenshot adalah gambar skrin komputer, screencast adalah dasarnya filem perubahan dari masa ke masa bahawa seorang pengguna melihat di layar komputer, dipertingkatkan dengan narasi audio.


ape pulak hypercam tu ?

HyperCam adalah program screencasting. Ia menangkap aksi dari paparan MicrosoftWindows dan menyimpannya ke sebuah file (Audio Video Interleaved) filem AVI.HyperCam juga akan merakam semua output suara, dan suara dari mikrofon sistemjuga boleh dirakam. HyperCam terutama bertujuan untuk membuat persembahan software, tutorial,demonstrasi, walkthrough, dan pelbagai tugas lain pengguna ingin menunjukkan.
video
nk clear tgk fullscreen

cara-cara memasak(mengisntall) biskut screencast nie :

1)download hypercam link:

2) da downlaod install macam biasa

3) untuk best setting hypercam tu korunk ley tgk kt [SINI]

4) kepade blogger yang suke buat tutorial , mari lah ke berubah drpd buat printscreen tutorial ke video tutorial kerana ia lebih mudah untuk dipaham

5) sebenarnye ade bnyk lg software screen recorder selain hypercam nie tapi semua nye berbayar . hypercam free .

6) ok selamat mencuba


sedikit nota ringkas
aku da cuba record sound sekali , tapi suare aku macam bangla plak . tu yang aku xnk record suara sekali tu . lagi pun bila aku record suara , video dengan suara x bergerak sama . itu je . k bai .

Tuesday, March 15, 2011

sEnaMan muKe dipAgi haRi

hari rabu ? yuPp hari ni hari rabu , aku paling benci hari rabu sebab hari rabu kelas aku bermula pada pukul 8 pagi dan hari rabu lah kelas aku paling padat , tepat dan muktahir. tapi minggu ni kire aku bernasib baik sebab lecturer xder , tp dy tinggal kn attendance kat kelas rap untuk datang ke kelas . jadi aku menggunakan peluang yang ade untuk membuat sarapan jemput² jimbit berintikan cengkerik padi huma , ok siyes² menggunakan peluang yang ade untuk membuat jadual sendiri pergi ke kelas pukol 8stgh . gangster tak aku ? tolong lah cakap yang aku ni gangster !!! haha bajet gangster plak aku . aku ni muke je fighter , kalo dihulurkan seekor belalang kat aku kompem aku lari . da merepek da nie sambung balik cite .

berbalik kepada tajuk entry , aku meri dan malik bersiap² untuk ke kelas MYOB di lab yang berada di UiTm ni . aku dengan muke berwawasan dan hati yang bersungguh² untuk kelas mula mengikat tali kasut converse pemberian sahabat seperjuangan ku iaitu ameer hasif . dengan berbekal helmet tembikai aku mule membonceng motor ex5 si meri , malik single rider . dy memang x boleh bawak pembonceng , sebab dy sorunk je da duduk sampai penuh satu seat . maklumlah motor ex5 dia tu Ahmad Albab yang punya . sumpah x der kene mengena =,=' sepanjang perjalanan aku tersenyum kerana begitu teruja melihat matahari di pagi hari . aman sungguh suasana arau di pagi hari . sampai sahaja di depan lab kami terus park motor . selepas helmet dibuka , apalagi cermin lah menjadi tumpuan . sedang seronok aku dan meri make up muke tiba-tiba

banggg !!!!!

bayangkan lah aku dengan meri ni tengah seronok² membajetkan diri di cermin motor terbangang melihat reaksi malik yg berada diatas motornya jatuh ke motor yang berada di sebelah motor ex5nya . nak gelak kesian nk tolong x kesampaian sebab lawak bercampur dengan mushkil macamana boleh jatuh ? dalam fikiran aku , mungkin tanah yang lembut membuatkan stand motornya masuk kedalam dan mengakibatkan malik dan motornya rebah . tetapi selepas 5 saat terbangang kerana kemushkilan , aku dan meri gelak bertubi² tanpa belas kasihan dan hanya melihat malik membangunkan dirinya sendiri . hahahahha lawak sial , da macam ikan badaraye aku tengok malik tersepit kt tgh
² antara dua motor tu . lalu kami mulakan perbualan

"x paham teruih !!!" sambil aku menggeleng kepala

"macamana ang boleh jatuh malik ?" meri ingin menyiasat punca kejadian sambil tergelak macam dunia dia yang punya

"aku ingatkan aku da turunkan stand motor aku tadi, tu yang aku selambe je aku lepas kan motor ke tepi tu , tapi hakikatnya aku x turunkan stand " sambil membetulkan side mirrornya yang terbalik kesan daripada jatuh tadi

dari tempat parking motor tu sampai naik ke lab aku dengan meri tergelak dengan jawapan yang diberikan oleh malik itu .


macamni la lebih kurang motor ex5 malik


pengajaran cerita: berhenti ketika merah ! sumpah merepek =,='

sedikit nota ringkas
masuk² lab aku mula membuat kerje excel yang diamanahkaan untuk dibuat semasa ketiadaan lecturer kami . selesai saje aku membuat keje excel tu , ade lebih mase 1 jam free . tiba-tiba meri cakap ang cerita la pasal malik jatuh tadi . aku pun rase bende yang terjadi di pagi hari ni menarik untuk dicerita . terus aku buat entry nie dalam lab . malik pun izinkan aku untuk kongsi kan nasib malangya kepada anda semua . wee . k bai nk g kelas lain plak

Saturday, March 12, 2011

biLik kOmpuTer 2

ok entry kali aku nk cerita pasal pengalaman aku kantoi berak x cebok dikhalayak ramai lepas tu bersemut ! wkwkw merepek , aku nk cerita pengalaman aku kantoi menceroboh bilik komputer diasrama mase aku form 3. klo nk lagi seronok korunk boleh bace bilik komputer 1 kt sini [SINI]. setelah aku dan rakan²ku pro menceroboh bilik komputer, aktiviti menceroboh menjadi bosan. sehinggakan game² dalam komputer tu pon da bosan tengok muke yang same je yang main. sehinggalah satu mase , yang mane budak kami teringin membuat baju batch sendiri. mase tu semua ego bukan main tinggi xnk design baju pakai lukis je . nk gune komputer bagai. make terpakse lah kami si kaki menceroboh , menceroboh untuk mendesign baju. mase tu da hujung² tahun , memang mase untuk mendesign baju mmg singkat sebab sudah hampir cuti akhir tahun,

dalam keadaan kelang kabut malam tu jugak kami menceroboh , malam tu kami menceroboh lebih awal lg dalam pukul 12 kami da masok . sedang kan senior masih lagi dikelas yang setingkat dengan bilik komputer tu . sebab mase tu fikir nk design cepat baju tu . kali ni lebih ramai , ade la dekat 5 orang yang masuk aku , meer , jubrok , aman , dgn sape lagi sorunk aku dah lupe . yang nk mendesign nye meer sorunk je . sbb  mase tu hanya meer sorunk je yg hebat mengdesign tulisan di baju . tp gune paint je pun . yang lain masuk nk mean game termasuk  aku . pada mulanya meer menggunakan komputer yg berada di hujung bilik komputer itu . komputer itu menghadap tingkap yg berhadapan dengan koridor di tingkat tersebut dan membuatkan cahaya dari monitor itu keluar dan boleh dilihat di koridor . jadi kami mengambil keputusan untuk mengalihkan kedudukan komputer itu menghadap ke dinding belakang . tapi   apabila komputer itu dialihkan wayar yg menyambung ke plug monitor tegang kerana plug yg berada di dinding jaoh dengan kedudukan komputer itu .

setelah setengah jam mendesign tiba-tiba aku kedengaran bunyi bising dataran perhimpunan yg berada diaras bawah . dalam fikiran aku itu mungkin senior yang hendak pulang dari kelas selepas waku prep dalam pukul 1 begitu . masa tu aku betul² ingin tahu siapa yang berada di bawah . tanpa segan silu aku dengan konfiden pergi ke hujung tingkap bilik komputer itu untuk mengenal pasti siapa dibawah . dan secara tidak sengaja aku terlanggar wayar yang tegang komputer meer yang sedang khusyuk mendesign . bila dah langgar wayar tu apa lagi . kedebak gedebuk komputer tu jatuh dan menghasilkan bunyi yang kuat . senior² yang baru saja hedak pulang ke asrama tadi tu sedar akan bunyi itu , dan membuat kan mereka berlari naik tingkat 3 untuk mengnalpasti apa yang berlaku di bilik komputer . kamis berlima mase tu memang takot gile babeng la , bkn takot antu ke ape , takot ngn senior lorh . semua lari masok bilik kecil yang berada dalam bilik komputer itu jugak . kemudian

"kuar kau sekarang ! jangan cabar den, kau ingat den takot ko ?" kedengaran suara seorang daripada lapan senior yang ada ketitka itu menjerit memberi amaran sambil menolak pintu bilik komputer itu

mase tu senior kami mmg berani , sebab diorang kompem yang dalam bilik komputer tu manusia . diorang cakap diorang nampak bayang² orang berlari tadi . tu yang selamber je dia sound tu . kot la diorang nampak bayang² antu dalam cite khurafat tu . kompem diorang terus lari balik asrama . aku selaku punca kekantoian , keluar dan menyerah diri . senior mase tu semua pandai² belake, yelah xkn la aku sorunk² berani masok bilik komputer tgh malam buta tu . jadi dia suruh aku memanggil lagi siapa didalam . aku memang da x boleh buat pape da mase tu , terpakse la petik membe aku sorunk yang bernama jubrok tu . aku pilih dia kerana  salah seorang dari senior yg reramai tu merupakan sedara dia . so mungkin la boleh diringankn sikit denda dari senior . yang lagi tiga orang sahabat kami tu dapat dicover sebab senior tanye ade lagi x ? kami tetap mempertahankan dengan menjawab tiada lagi . mereka hanya mampu senyap didalam bilik kecil tu . lagi pun mase tu senior hanya duduk diluar bilik komputer tidak masuk kedalam sebab mereka malas nk panjat .

setelah kantoi, aku dan jubrok diarahkan untuk pulang ke asrama . yang semua senior tu mengeringi kami ke asrama juga , semasa dalam perjalan ke asrama tu , senior kami cakap nak belasah la ape la . dalam kepale aku dan jubrok memang kompem la kene belasah ni . sampai² asrama je senior menyuruh aku dan jubrok ni pergi balik dorm tido . fuh , lega gile rase mase tu . senior x buat pape sedangkan besar kesalahan aku ngn jubrok buat . yang lawaknye sahabat kami yang tiga orang lagi tu masih lagi menyorokkan diri dalam bilik kecik yang berada di bilik komputer itu lagi . diorang x berani keluar kerana takut ade senior yang tunggu or usha dari jaoh . aku ngan jubrok da syok tido da time tu . aku ngan jubrok tido di dorm yang same , katil juga bersebelahan . setelah dua jam tido tiba-tiba kami dikejutkan oleh seseorang . 

"jubrok ! jubrok ! jubrok ! bangon ! bangon ! ko ade kene ape² x ?" rupa-rupanya meer yang mengejutnya .

"korunk ape cite ?" jubrok dalam keadaan mamai tidak menjawab soalan meer td tetapi bertanya pula kepadanya

aku yang berada di katil sebelah terjage lalu menjawab "kiteorang x kene pape senior soh tido je, korunk bertiga pe cite ?"

"kat bilik komputer tu jugak kene dende + pukul , senior g sekolah balik lepas ikut korunk balik asrama tadi sebab x puas hati , diorang cakap mesti ade lagi budak dalam bilik tu . lagipon diorang nk tengok komputer yang jatoh tadi tu . diorang masok² bilik komputer je , cek² keadaan dalam bilik tiba² ehhee ade lagi 3 . kantoi suda" meer dalam keadaan berpeluh² bercerita

"asal korang x kuar pas senior sume belah ? korunk kene dende ape ngn senior td ?" aku dengan muke sedikit tergelak dan tertanye²

"sialnye senior , ko bayangkan la , diowng soh kiteorang 3 buat motor sambil diorang pasang air cond paling kuat . lepas tu diorang letak kertas kt lantai , diorang cakap nak 10 titik peluh kt kertas tu dekat sejam jgak la buat moto pastu kene pukul kt situ jgak. aku x keluar takot ade yang usha dr jaoh ke atau ade yang tunggu kt luar ke" sambil muke x puas hati ditunjukkan meer

ak dan jubrok hanya mampu geleng kepale sambil menumpang simpati saja lalu sambung tidor . pada dalam hati seronok sebab x kena pape dengan senior

macam nie la buat moto, lepas tu kt lantai senior letak kertas bertentangan dengan dagu sorunk 1 lepas tu nk tengok 10 titik peluh kt kertas tu . mmg hitler betol !

pengajaran cerita: sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juge . kantoi busuk plak tu

sedikit nota ringkas
seminggu lepas kantoi tu , budak batch ak ader perjumpaan dengan senior pasal masalah yang kami buat kt asrama . ade la mcm masalah kecik tu bangon subuh lambat , tido dalam musolla time isya' mcm² lg la . tapi kami berlima special kes . mase tu aku ngn jubrok turut kene pukul . da la dalam dorm ketua sukan . semua jenis bola ade dalam tu . abis semua bola diorang gune . suroh kiteorang berdiri , pastu buat macam amik penalti sepak bola kt kiteorang . tp xder la terok mane kiteorang kne pukul malam tu . normal la duduk asrama kene pukul . bagi kami perkare pukul kt asrama da jadi biasa . da buat salah nk bg pengajaran kene pukul je la . kire fair la , sbb senior tutop mulut pasal kiteorang ceroboh , kiteorang pun kene la tutop mulut kne pukul . tp bagi aku ini pengalaman yg sngt menarik bagi seorang budak asrama . weee k bai

kuSangkaKan mIMpi , rUpa-rUpanya

cerite ni berlaku kat rumah sewa aku kat arau ni . minggu lepas ade la 1 malam tu aku letih sangat tapi susah nak tidur . mungkin letih berjoging petang² , aku ni joging je lebih tapi buntut aku masih lagi seksi . tak kecik² :( berbalik kepada tajuk entri , lepas lepak dari bilik nan aku masuk bilik aku, nak baring² jap . mase tu ade la dekat pkol 2 pg da kot . aku letih sngt , tp insomnia . geram btol la aku insomnia nie , kalau la insomnia boleh di right click pastu delete kan bagus ! yang roomate aku nie meri tido kat katil atas , aku kt katil bawah . bilik aku ni 1 katil je , bukan katil double dacker . eh betul ke aku je ? ah lupekan bukan karangan sPm pun . kire ade 1 katil mcm bese pastu bawah katil ade lagi macam besi boleh tarik keluar jadi ade lagi 1 tempat nk tido . macam tu la . sebelum aku masuk bilik , si meri ni da tido da . ok mase aku baring² kt katil aku tu tiba-tiba je aku tertido . 

        
macam nie la katil dalam bilik aku. ok sumpah aku menipu   

macam nie katil nye . sebijik . rumah bujang nie je la mampu
                                       

tiba-tiba nan datang masuk bilik aku dengan selamber dia datang pastu kepit hidung aku lame² sampai aku x boleh bernafas . ak pun terjage ! nak je aku muay thai si nan ni . tapi bese la duk rumah sewa bende² mcm tu dikire guraw² biase je . tapi yang pelik nye lepas aku terjage sebab tak boleh bernafas tu , nan xder kt depan aku . lah aku bermimpi rupanya . tp yang menjadikan aku bertambah panas tu , rupa-rupanya tumit kaki si meri yang memblock lubang hidung aku yang mahal tu . cis patot la aku x bernafas . ntah berape lame tah aku tido bau kaki dy . tido buas oh si meri nie . dengan jiwa yang ribut dan hati yang penuh dengan propaganda "dendam sampai mati" , aku bangon pegi dapur amik pisau potong kaki meri tadi !!! mcm cite saw x ? yela² ak mengaku aku merepek . lepas aku tersedar bahawe kaki si meri yg membuatkan pernafasan aku terganggu . aku terus ubah position aku . dari 69 ke 99 . so kepale ngn kaki same ngn si meri la . so x der la kaki dy jatuh t kene kepale aku .

aku buat sedikit gambaran supaye korunk paham situasi aku


pengajran cerita : ikatlah kawan² anda yang tidur buas macam 1 bilik dia yang punya . geram betol aku

sedikit nota ringkas
keesokan harinye aku cerita perkare yang berlaku malam tu kat si meri nie , dy boleh bantai gelak je . seronok plak dy . aku xkesah pun bukan nk berdendam ke ape ke . aku pun tergelak jgak sbb mimpi nan yang buat, padahal kaki si meri tu yg buat . sabo je la pak abu . k bai

Saturday, March 5, 2011

Biskut dEskTop icoN tOy

ape tu desktop icon toy ? desktop icon toy ialah satu software untuk membuatkan icon² kt desktop korunk meloncat² seperti digeletek di bahagian ketiak , dalam bahasa urdu dy "BOUNCE !" merepek hebat aku nie . care nk memasak biskut tu senang je . just follow step dy kt bwh or tgk kt video tutorial yg aku buat kt bwh nie jgak . 


video
nk clear tgk full screen !

cara² memasak(mengisntall) biskut desktop icon toy :


1) download installer dy .
download link : http://www.idesksoft.com/download.html


2) download yg 32-bit . sbb ak try download yg 64-bit x jd .


3) da download install mcm biase .


4) lepas da install korunk boleh lihat perubahan dengan meletak kn cursor korunk kt desktop icon . dan icon tu akan  menggelupur seperti digeletek di bahagian kening ! dalam bahase jawe timur tgh sumatera dy plak "BOUNCE !" jgak . lalalala~


5) agak² da bosan dgn bounce nie , just uninstall je "desktop icon toy" tu .


6) selamat mencuba . teeheee . k bai

Thursday, March 3, 2011

biLik kOmpuTer 1

cite nie berlaku mase aku form 3. memang banyk kenangan² menarik yang berlaku semasa aku berada di tingkatan 3 . kerana apa ? kerana  mengikut kronologi sejarah asrama aku tu , jika budak yang masuk dari tingkatan 1 , mereka² akan mula menjadi liar apabila berada di tingkatan 3 sebab apabila naik je tingkatan 4 semua akan mula bebas dan senior x berani nak usik . so dihujung² tahun mase aku tingkatan 3 tu la zaman² meriah bg kami budak² asrama mule membajetkan diri dan ingin menjadi lagenda budak hostel (merepek) . mase form 3 la budak² batch ak mula memberontak dan melanggar peraturan dan ingin rasa bebas dari cengkaman senior² .

kenangan yang nie agak lawak bagi aku , nk tahu ape yang lawak ? mari layan . teringat aku pada suatu malam yang agak tenang di asrama kira² pukul 1 pagi , aku , jubrok dan meer . beruk panggilan yang diberi untuk mebahannya ketika itu , kerana dia bergitu arif dalam masalah memetik buah kelapa di asrama . tp kami memanggilnya meer . begitu bosan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu . sehinggalah timbul awan dikepala meer nie untuk bercadang membuat percutian di port dickson 4 hari stgh malam (merepek) . bercadang untuk memasuki bilik komputer untuk bermain game . aku pun terkejut sebentar ketika itu , kerana tidak pernah lagi bilik komputer diceroboh oleh sesiapa ketika itu , sedangkan senior form 7 pun x penah menceroboh bilik komputer di sekolah kami itu . aku agak pelik lalu bertanya kepada si meer tu .

"bilik komputer ? menarik ! tp macam mane nak masuk ?" sambil menggaru ketiak kepale

"la kau x tahu ke yang budak nie masuk bilik komputer hari tu , sbb nak print kerje kursus kHb . masok ikut tingkap , ade 3 tingkap yang x der besi kt belah atas . masuk ikut situ la . sape suruh kau balik lambat ." sambil tergelak meer menjawab

"aku balik lamabt sebab x siap kerje kursus la . yang ko gelak tetibe nie asl?" aku bertambah mushkil ketika itu

"mane x nye , bape ramai masuk kelang kabut nk print kerje kursus tu . semua baru balik dari cuti tp x print lagi kerje kursus tu , yg lawak nye, da la printer zaman hang jebat punye . skali print bunyi dia boleh buat gadoh , sampai budak nie tutup pakai baju la , ape la" sambil tersenyum sinis meer menjawab

"kau reti masuk, ape lagi jom la" sambil berjalan naik ke tingkat 3 

mase aku form 3 kelas aku di tingkat 1 , bilik komputer berada di tingkat 3 dan sekrang telah pun menjadi bilik guru perempuan . sampai sahaja , aku begitu teruja , maklumlah ketika itu first time nk ceroboh bilik komputer . yang si meer ngn jubrok ni kali ke-2 . setelah menceroboh masuk di bilik komputer itu , semua bukan main lagi nk pakai komputer yang paling laju . tp bila da on je computer semua blur . sebab xder game dalam komputer tu . last² main game pinball je la . sebab mase tu bilik komputer kami tidak mempunyai internet . so kami bercadang untuk membeli cD game apabila cuti dihujung minggu nanti .minggu depanya pula , setelah membeli cD game fifa world cup 2002 haha aku ingat lagi game tu . memang bertambah semangat la kami untuk masuk bilik komputer . kami bertiga lagi pergi bersama . setalah masuk , masing² seronok bermain game . yang seronok tu, sedang leka bermain game tiba² aku berkata 

"wey korunk x lapa ke ? mane nk carik makanan nie" aku merungut kelaparan

"mane nak carik makanan tgh malam bute nie, acik jual nasi lemak tu pun da balik da" meer menjawab sambil menjaringkan gol dalam game yang sedang dimainknnya tu

"mat'am" tiba² jubrok memberi idea yang bernas

mat'am adalah perkataan dari bahase arab yang bermaksud dewan selere , budak sekolah agame la katekan panggil mat'am la . hehe , lepas je dapat idea tu kami bertiga keluar lalu terus menuju ke mat'am . mat'am lagi la mudah nak ceroboh mase tuh . mane x nye , sebelum nie klo kawan kami nk makan malam , agak² lauk x cukup je , siap leh goreng telur lagi dalam dewan selere tu . masuk² je cari bende yang boleh dimakan . sekali jumpe tembikai susu suda . amik 3 bijik bawak skali dengan pisau masuk bilik komputer tu . pergh mmg heaven mase tu aku cakap . main game sambil menjamu tembikai susu tu . kenagan sungguh ! 

tembikai susu juga merupakan satu buah peberet aku ketika di asrama dahulu

setelah semua kenyang dan puas bemain game . kami rasa ingin pulang ke asrama , tetapi ade 1 biji lagi tembikai susu yang belum diusik . kami agak buntu sebentar kerana tidak tahu mane mahu diletakkan pisau dan sebiji buah tembikai susu tadi tu . jika mahu diletakkan di mat'am tidak boleh sudah pukul 4 pg , makcik mat'am sudah mula berkerja semase itu . nak tinggalkn dibilik komputer mmg kantoi busuk la ade yg menceroboh bilik komputer . last² tinggalkna kt belakng kelas . esok pagi semua mase sekolah semua orang dalam kelas kebingungan mane la datang buah tembikai susu dan sebilah pisau itu . kami bertiga hanya mampu tergelak sambil menyorokkan cerita sebenar .

pengajaran cerita : jgn lah sesekali meninggalkan buah-buahan dan sebilah pisau di kelas kerana ia akan membuat kan orang lain terbangang seketika bila melihatnya .

sedikit nota ringkas
dialog dlm cite nie aku main hantam je , tp x lari dari ape yang aku ingat dalam memori aku nie . ade banyak lagi kenangn aku dengan bilik komputer yang aku nk ceritakan . tunggulah next week ak ceritakan kenangn aku kantoi menceroboh bilik komputer ketika berada di asrama dahulu ! 

Tuesday, March 1, 2011

pEreButAn sAuBan ?

sauban ? ape tu sauban ? nak tahu ? sms oN tahu ke 33888rupiah ! haha nk taw bace la entry nie sampai abis yaw ! di suatu tgh hari yg panas terik , selepas pulang dari kelas , ak dan beberapa rakan ku pergi makan tengah hari di kedai makan pakcik yg muka dia seiras² popeye . selepas kenyang menjamah makanan di kedai pakcik popeye , seperti biasalah remajakan , selepas makan mesti mesti mahu menjadi jin . sedang seronok menghisap rokok , seorang dari sahabat aku nan berkata 

"weyh jom balik , aku sakit perut nie dr kelas td aku tahan" sambil memegang perutnya 

"rilek la dlu , rokok pon x abis lg nie" aku membalas

"jom la jang ak x tahan nie" sambil berdiri nan mengajak panjang pulang ke rumah 

lalu kami pergi membayar makanan tadi , harga makanan di kedai makanan pakcik tu mmg berpatutan . kami terasa seperti pengguna yang bijak jika makan di kedai pakcik popeye itu . tambahan pula keli goreng nya yang menjadi kegilaan ramai student uitm di arau yang kemarau ini . setelah selesai membayar , nan dan panjang terus menaiki motosikal , mereka menaiki motosikal yg sama . aku berseorangn sahaja . aku lambat beberapa saat di belakang mereka . dengan secara halus aku cuba melengahkn masa berkata

"rilek la dlu , tunggu la aku kejap" sambil muka menyorokkan hajatku yang sebenar .

dalam perjalanan pulang aku membawa laju cuba memotong mereka , tp kami serentak sampai dirumah . tiba saja di hadapan pintu rumah , aku pura² bertanya nan supaya dia leka . lalu secara kelang kabut aku cuba terus memasuki rumah sebelum nan dapat memasuki rumah dahulu . nan mula menyedari yang aku juga memliki hajat yang sama dengan nya . belum sempat aku melepasi ruang tamu nan terus menangkap ku dan memeluk erat sambil tergelak² memarahi aku 

"aku berak dlu la , buto ang muz . oOo patot la soh aku rilek dlu , ang pon sibuk nak berak" sambil menahan aku .

"xdak² . sapa dpt masuk dlu dy la berak dlu" sambil terkurung dipelukan nan

"arghhh aku berak dlu" sambil melepaskan dakapannya lalu menolak aku ,  dan terus lari ke jamban

aku kalah T_T . terpakasa la aku menahan hajat ku . kerana nan berjaya mendapat no1 dalam acara merebut jamban . walaupun rumah sewa kami nie mempunyai 2 jamban  . tetapi jamban cangkung yang  berada di belakang tu juga yang menjadi rebutan . mungkin jamban itu amat selesa untuk melepaskan hajat . 1 lagi jamban , jamban duduk , so memang tidak puas rasa nya jika melepaskan hajat di jamban itu . aku dalam keadaan menahan , redha duduk di dalam bilikku . yang x boleh bla skali  tu , nan ingin melepaskn hajatnya sambil menghisap rokok . tetapi dia ketiadaan api untuk membakar rokoknya . dy sanggup berjalan perlahan² sambil mengeluarkan kepalanya sedikit mengusha bilik aku . kerana dia takut bila dia mencari lighter aku berlari masuk jamban itu pula . pasal jamban pun mau gado apa da !

macam nie la gaye nan usha aku time tu


pengajaran cerita : jangan kerana jamban sebijik , kita mahu berbunuh-bunuhan sesama rakan kita =,='

sedikit nota ringkas
kenape sauban ? mengikut kamus dewanbahasa perpustakaan ramalan kaji cuaca arau . sauban adalah gabungan antara dua perkataan iaitu sauna dan jamban . haha sekarang nie arau tgh musim panas sngt . bayangkan lah aku tgh melepaskan hajat dalam jamban pun boleh berpeluh mcm jogging 1000km plak . tu yang rase mcm dalam sauna . maka tercipta lah perkataan sauban !!