Wednesday, June 29, 2011

terpijak di bumi yang lembut

selepas penat menjual burger , malpex dan seorang lagi membe aku mengajak aku pergi uptown shah alam ni , lepas je pukol 12 malam ak dan beberapa rakan gerak ke uptown dengan menaiki motor . dua orang naik yamaha 125 , dua orang lagi naik LC , dan aku je single rider naik motor terhebat di alam semester , motor yamaha sukan kaler biru awan nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano -,-'

haha saje nak panjang kan entry , ok sampai je uptown . baru je masok lepas dari pintu pagar nak masok uptown tuh , aku terpijak TAIK KUCING kate ko . lembut jee damn ! nasib baik kawan² ak tak de sorunk pon yang perasan, kalo tak mampos aku kena bahan . haha . tak pasal² aku berjalan sambil terseret² mase usha barang kt uptown tuh . mase tuh ak takot nak usha tapak seliper ak , takot kantoi dengan membe² yang aku ni terpijak taik . sampai je umah ak tengok , ade lagi saki baki taik tuh kt sliper aku pakai td . x pasal² ak kene jirus pakai air paip bervolume tinggi kat tapak slipar tuh pepagi bute td .

gambar hiasan , haha

pengajaran cerita : jangan lah kita berpijak dibumi yang lembut , jalan tengok la bawah sekali . haha

cebOk

cerita ni berlaku minggu lepas , mase aku tengah rehat tengah hari . selepas selesai makan tengah hari di kedai makan riang2 yang berhampiran dengan office tempat ku berpraktikal , seperti biasa ak dan maher menonton tV di kedai makan tersebut sambil menunggu masoknye waktu solat zohor . cerita tidak lain tidak bukan sinetron cinta fitri di tv9 . oleh disebabkan pekerja di kedai makan tu semuanya cewek2 indonesia, meraka membuka sinetron di tgh hari, bila disuruh tukar siaran tv3 untuk tgk berita 1 tgh hari , aku dimarain , mereka bilang ngga' buleh tukar siaran , kerna itu sinetron peberet mereka ya udah , kok gua guna bahasa indon nie . kebiasaannya selepas sahaja sinetron itu tamat azan zohor akan berkumandang di surau yang berdepan dengan kedai makan itu

selepas tamat sinetron tuh , aku dan maher pun pergi ke surau untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang islam  . tetapi kebiasaanya , sebelum aku dan maher mengambil wudu' , kami akan singgah ke tandas dulu . biasalah , lepas makan mesti membuang xkan lepas makan memburu rusa pulak . kebiasaanya maher akan memasuki jamban nyangkung , dan aku pula jamban duduk . disebabkan ketika itu aku memasuki jamban duduk tuh terlebih dahulu , aku tidak dapat mengenal pasti kedudukan maher di jamban yg ke berapa . tabiat kami semasa membuang suka berborak tanpa bersua muka . surau tu mempunyai 4 jamban , walau pun aku berada di jamban hujung dan maher berada dijamban yang pertama , kami tetap akan berborak semasa membuang . setelah 3 minit dalam jamban, maher memulakan perbualan dulu

"weyh cepat skit da 1.50 da ni, pkol 2 abis rehat nk sembahyang lagi" sambil meneran mahir menanyakan soalan

"ala rilek la , x yah kelangkabut bkn selalu pun masok lambat" aku membuka paip untuk mempercepatkan aktiviti aku . haha

"yela2" ringkas maher membalas

seminit lepas perbualan tuh aku terdengar satu bunyi yg melucukan hati aku . bunyi orang tgh meriah mencebok selepas membuang dari jamban lain .

"kecepok kecepok" <---- bunyi kuat orang tengah cebok 

"amboi maher , meriah gile kau cebok" dalam jamban pon aku cakap kuat . tergelak ak dengar bunyi tuh

"eh ak da abis berak la . aku kt luar nie , orang lain la tu cepat la skit" maher membalas

aku terus mendiamkan diri dan terus mencebokkan diri aku , lalu keluar dari tandas . ok, kalo orang yang cebok bunyi kuat tu bukan maher , mesti orang lain . pas2 selambe plak ak cakap meriah gile ko cebok , bunyi kuat giler bagai . kompem orang tuh marah . tuh sebab aku cepat2 keluar dari tandas tuh . skali tgk jamban sebelah jamban aku td berkunci , pastu maher da ade kat luar tandas . aku terus masuk surau sembahyang buat2 macam xder pape . haha

kalo jamban kat surau tuh macamni , siyes ak xder nk bersembang time membuang

pengajaran cerita : nk cebok pon xyh la meriah sangat, xyh la bunyi kuat sangat sampai ak pun tergelak kaw2 dalam jamban mase tuh . haha 



Tuesday, June 21, 2011

Ulu Bendul

disebabkan ak ni x berkamera , tp ak nk hapdet jgak belog ni pasal gambar , so ak selongkar la laptop ak nih carik gamba yg boleh dishare . haha , lagipon ak x buat lg entry pasal gambar nie . gambar nie mase ak dan rakan² sekolah menengah ak wut gathering kt ulu bendul ujung taon lepas . sume kawan² dari form 1 tuh , ukhwah tetap kukuh seperti tembok besar china . euuwww~ ok untuk gambar kali ni , ak gune effect sepia effect . so layan~

camare: nikon d3100 zack punye
photo taken by : sume yg pegi time tuh
edited by : Muzakkir
software used : photoshop cs5
effect : sepia
date : 12.12.2010
location : Ulu Bendul

|
|
|
|
V



berkumpul di R&R Seremban disamping menunaikan solat zuhur di surau shell bagi memberkati perjalanan 

da sampai mase ni . eh ? cmne the rock leh folo plak ni ? bajet -,-'

ukhwah yang kami bina dari form 1 masih lagi terjalin sehingga sekarang

menyeberangi lautan pasifik lebih sukar dari menyeberangi sungai nie . ulu bendul sungai ea ? -,-'

gembira setelah berapa tahun tidak berjumpa dengan mereka²

hayati kegembiraan kami bukan hayati bentuk badan kami , dan bukan hayati cikgu nurhayati ajar math time skola rendah aku dlu . merepek !

membakar arang lebih sukar berbanding membakar sampah . percayalah ~

ayam ni sumpah sedap . kalo korunk x caye , cube korunk tanye ak -,-

lebih 13 orang yg pergi . love u all guys :)

someday

ok special edition nye . gambar ni ak terlebih rajin plak edit . ok sape nye seluar paling seksi kebabom ?

k tu je bye !

Monday, June 20, 2011

Biskut DreamScene

ak malas nk merepek , ok terus terang je . dream scene adalah 1 software untuk buat animated desktop background . biasanya screen saver yg bergerak²kn ? tp ini desktop background korunk bergerak² . so komputer or laptop korunk nampak lebih menarik la klo gune animated background nie . 


nk clear tgk full screen :)


step² dy ko tgk la kt video tuh . ak malas nk tulis . klo x phm pape just drop comment kt entry ni k. bajet ade orang nk usha plak tutorial ak ni . hahaha siyes ak bajet  T_T



link:
http://www.thewindowsclub.com/windows-7-dreamscene-activator-released


korunk leh download animated background kt sini :
http://www.dreamscene.org/gallery.php

selamat mencuba :) 


k tu je bye !

Friday, June 17, 2011

maafkan saya bos

pukol 1 pagi aku pulang ke rumah selepas penat kerja menjual burger . sambil membawa burger daging chese dan air milo bungkus yg dipesan oleh abang aku dan ditemankan rokok suria sebatang , aku berjalan kaki pulang ke rumah . pukol 1.20 pagi sampai dirumah , aku online kejap sampai pukol 2 pagi , kemudian aku tidor ...... pukol 9 pagi

"kring² ♫♪♫♪ kring² ♫♪♫♪ kring² ♫♪♫♪" handphone nokia (baling kt anjing anjing mati) ku berbunyi 

"hello sape ni ?" dalam keadaan mamai ak menjawab

"ni aku la , maher !!! ko keje x nie ?  da stgh jam ko lewat" maher rakan sepraktikelku cuba mengetahui sebab ketidakhadiran aku ke pejabat .

"owh , bagitaw bos aku cirit - birit -,-" walaupun hakikatnya aku tidak cirit birit , aku menipu demi menyambung mimpi ku menjadi superhero dalam tidur ku .

"ok ok" maher membalas

phone dicampak , mata di tutup semula . zzZZzzZZz


Sunday, June 12, 2011

K a r i p a p

Hari jumaat masa praktikel minggu lepas . opis aku ni ada wut makan² waktu ptg . staf² pempuan bwk bahan² untuk membuat karipap dari rumah . lelaki melenggang je . ok mase staf lelaki pergi sembahyang jumaat , yg staf pompuan sume berhenti buat keje , pas2 diorang g buat karipap kt dapur dlm opis tuh sambil sembang² pasal nora elena . siap bentang tikar kate ko . memang pelik opis aku ni . lebih kepada mkn² , berat badan ak pun makin naik rasenya selepas seminggu berpraktikel di situ . tapi diorang tetap mengajar aku pasal akuan mase bekerje . jadi kira balance la antara makan dengan belajar kt opis tu .


untuk pengetahuan korunk , kt tempat praktikel aku ni ada jadual bertugas . haaaa jangan ingat masa skola je ada jadual tugasan, opis pon ada jadual tugasan . untuk bulan ni, aku dengan mmbe aku si maher tu bertugas . jadi tugasanya pagi datang masak air kemudian buat air , petang pula potong kuih dan buat air kemudian hidangkan kat bahagian depan opis . bulan depan tukar orang plak . ok  disebabkan aku bertugas , sebelum pergi sembahyang jumaat lagi ada akak sorunk tuh kak mah panggilanya memberitahu aku dan maher 


"petang nanti korunk tolong goreng karipap yang kiteorang buat ni ea, korunkkan bertugas bulan ni" sumpah aku terbangang kejap , ye la kerja kat opis tetiba kena goreng karipap . tapi bunyi menarik sbb aku tak pernah lagi menggoreng karipap seumur hidup ak . haha


ok smpai je aku ngn si maher ni kt opis lepas sembahyang jumaat , akak tu da suruh ke dapur , mintak tolong potong timun sengkuang ngn mangge untuk dijadikan rojak . lepas tu baru lah tiba mase nya ak menjadi chef tukang goreng . banyak karipap tuh , ada la dekat 40 ketul nk kena goreng , untuk first round goreng ada akak name dy kak sU , dia yang goreng dulu kemudian hidang , pergh sekejap gila karipap yang 1st round tu abis baru je letak hidang,  semua staf da ambil makan² aku dapat rase seketul je . kak sU tu pun tak dapat makan . lepas tu second round goreng baru la aku dengan maher yang goreng . bukan main bangga lagi kena puji dengan bos , bos cakap 


"haa macam ni la baru betol goreng nampk garing sikit karipap tuh" tetibe je lobang hidung ak ngn maher kembang bangga di puji pandai menggoreng, sebab karipap yang first round tu tak garing .


second round punya karipap ada la dekat dalam 8 ketul pas2 ada akak sorunk tu terus masukkan dalam pinggan terus hidang kat depan . lepas goreng tuh ak pergi bahagian depan opis tu jap nak amik karipap , maher suruh aku ambilkan untuk dia skali . tapi smpai je kat depan tinggal seketol , sedih je rase . ak pun ambil je la karipap seketul tu bawak dapur . sampai dapur ak mampu menunjuk seketul karipap kt maher lalu berkata


"maher tinggal seketul je , takpe la kite kongsi je la . kerat dua ea" sambil makan² aku dengan maher sambung menggoreng


untuk goreng third round punya karipap pula . sume staf pompuan datang dapur , saja nk berborak sambil tengok aku dengan maher menggoreng karipap . masa tgh menggoreng aku dengan maher dengar je la diorang bergossip pasal cerita nora elena . tiap² hari diorang berbincang ape yang diorang tidak puas hati dengan episod yang diorang tengok semalam, kemudian tiba-tiba ade seorang menanyakan soalan kepada kak sU , aku dengan maher curi² dengar je la .


"eh , kak sU tak makan lagi ea karipap tadi" soalan dari kak tasya 


"kak sU tak makan seketul pun lagi , tadi kak sU ada tinggalkan jap kak sU punya karipap kat dalam pinggan kat depan tu . yg tinggal satu je tu dlm pinggan . lepas tu kak sU keluar opis jap berborak dengan orang atas, kak sU masuk opis balik ,  tengok² da hilang karipap yang tinggal seketul tu" sedih aku dengar cerita kak sU


"kesian kak sU, lepas ni siap goreng kak sU amik terus" kak aNN menumpang simpati


mase tuh aku dengan maher da tergelak cover², rupa²nya karipap yang tinggal seketul yang aku ambil dan kerat dua td tu kak sU punye . haha . tanpa berkata apa² aku dan maher mendiam kan diri selama 10 minit seperti budak yg berak dalam seluar . diam je

sebelah ak tu kak sU , tu karipap pertame yg dy mkn . haha , sblh dy lg tu kak aNN

yg lelaki tuh la meher , mahir dlm pelbagai kerja . yg pompuan tuh kak tasya


pengajaran cerita : sebelum ambil sesuatu tanye dulu , jangan main ambil je . sebab kita tak tahu sama ada bende yang kita hendak ambil tuh sudah berpunya atau tidak berpunya . haha

Saturday, June 11, 2011

vintage-77

pergh letih gilor skrg sejak berpraktikel + mlm jual bege . tido pon pkol 2 pg , pas2 bangon pkol 7 . hari2 mcm tuh maun tercabut tempurung lutut ak . pg g opis pon mate rabak . dok kt meja opis pas2 berzikir terangguk² ak . hurm , nk buat mcm mana , nk xnk tu semua ak kena lalui demi mengejar cita² . tu psl ak jarang hapdet belog ni skrg . mase xder + penat . so ujung minggu je la mase nk menghapdet belog nih . mase ak belek² laptop ni , jumpe plak gamba yg ak berphotoshot bersame ngn amer hasif . gambar nie mase sem 3 so bosan . ak edit n kasi share sme korunk la . ak gune 1 effect jgak . still vintage effect , tp vintage-77. dlm bnyk² effect vintage , vintage-77 nie la paling nmpk vintage dy . ape lg
layan ~


camare: nikon d5000 ameer punye
photo taken by : Ameer Hasif
edited by : Muzakkir
software used : photoshop cs5
effect : Vintage-77
date : 10.10.2010
location : sawah padi

|
|
|
|
V




abg jem

gonggos xleh lompat , berat -,-'

nie gmba ni ak penah buat header tp pakai effect lain

bulu kaki xde zzzz

abg jem otak tengah jem kt belakang skali tuh

hamirul a.k.a gonggos


semart angle nie . amir hasif mmg hebat dlm menangkap gambar

nie gambar terbaik siap ade reflection shadow kt air sawah padi tuh . amer gempak !

k tu je bye !

Biskut Dictionary

letih membuka kamus ? xlarat nk carik kamus tebal². mule benci dengan bahasa owg putih ? . leceh untuk membuka google translate . ok kali ni ak nk kongsi ngn korunk dengan produk terbaru ni . terbaru la sngt  . haha memperkenal kn WordWeb Pro 5.02 Full version . bende ni kire dictionary la . ok klo korunk bukak mane2 website , pas2 ade 1 word english tuh ko x phm . korunk x pyh nk copy word tuh pas2 g kt google translate untuk menterjemahknnye . korunk perlu tekan ctrl + right click je kt owrd yg korunk nk maksud tuh . secara auto dictionary ni akan bgtaw korunk meaning word tuh . ok. ape lg g la download klo berminat .


sila tgk full screen untuk lebih clear


1) Download WordWeb Pro 5.02 Full Version + Keygen (9.38MB)
download link :
http://rapidshare.com/files/99176783/WordWeb_5_Pro.rar
2) da abis download , right click "WordWeb 5 Pro.rar" pas2 click "Extract Here".
3) da extract, double click "Setup.exe" untuk run setup.
4) Click Yes, Exracting, When Prompt to enter your licence number.
5) Double Click "keygen.exe" untok open keygen pas2 generate licence number.
6) Copy licence number generated oleh keygen td pas2 paste kt box licence number.
7) da paste, click Next, check "Install for all users" pas2 click "Next".
8) pilih korunk nye english locale "International" pas2 click "Install".
9) kemudia secara automatiknye dy akan install WordWeb Pro 5.02
10) da selesai install , click "Ok" untuk exit.
11) Press "Ctrl" + "Right Click" kt word yg korunk nk difahamkn dan dictionary ni akan secara pantasnye mencari maksud word korunk tuh .
12) dan secara rasminya WordWeb Pro 5.02 korunk full version. Enjoy!!



k slamat mencuba :)



Sunday, June 5, 2011

berketul² kate ko !

hari jumaat minggu lepas ak ngn adik ak laki sorunk nih g uptown , nk carik kasut . sbb adik ak nie nk kne g kem ape tah , dy xder kasut sukan . ok sampai² je uptown , ak terus menuju ke kedai bundle kasut kt uptown tuh . sbb abg ak pesan kt adik ak nih , klo nk bli kasut bli yg bundle lg tahan lame . ok setelah stgh jam kt kedai kasut tuh , adik ak berjaya mencari kasut yg sesuai untuk bersukan . lepas je kuar dari kedai tuh , ak singgah kedai kasut bkn bundle plak , nk carik sliper . hari² klo ak nk kuar rumah asik pakai sliper abg ak je . klo mcm abg ak kuar rumah , pas2 ak pun nk kuar rumah , terpakse ak main sarung je sliper adik pompuan ak . kecik pas2 ade manik² yg bersinar² lg . da xder sliper punye psl .

ok sampai² usha la sliper yg ak berkenan . mule-mule nk amik warne itam putih je simple lg pon . tp brother kt kedai tuh ckp sliper yg warne itam ni da xder saiz . so dy soh la ak pilih yg warne lain . ok pilih punye pilih ak berkenan ngn warne biru ni . pas2 brother tu suruh ak tunggu jap sbb dy g amik sliper yg saiz ak nk td . sementara ak menunggu tuh , ak terdengar perbualan brother sorunk lg kt kedai tuh tgh sembang ngn 1 lg customer . wah bukan main tough lg badan brother tuh berketul² , siap berantai lg , muke mcm kaki pukul pon ade tp disebab kn perbualan dy ak terus x respect langsung, perbualan mereke seperti di bawah

"dlm uptown ni abg ade 3 kedai kasut , abg la owner 3 kedai ni" brother tough tu promote kedai dy, sbb customer tuh br beli 1 kasut kt kedai tuh . so dy nk jage customer dy sembang² la ngn customer dy tuh .

"owh klo lain kali sy dtg nk beli kasut lg boleh dpt murah la ?" customer tuh membalas sambil menghayun²kn plastik beg yg berisikn kasut yg dy br beli td . (seronok ade kasut br)

"eh boleh² sebelom ko nk bli tu ko tanye la abg . klo ko nk senang sebut je name abg, myB boleh dpt murah" amboi bkn main lg brother tough tu jage customer dy .

"yeke ?  betul ke ni ?" teruja customer tuh membalas

"betul la , ko sebut je name ak , aron ! alaa aron aziz . nora elena tv3, yg pkol 7 tuh" pandai brother tuh berjenake =,='

perghhh muke gangster , badan berketul² tp layan cerita nora elena siap ingt lg pkol brape cite tuh . ilang respect ak . x psl² ak tergelak sorunk kt depan rak seliper tuh . klo da name aron tuh aron je lah x perlu tambah aziz belakang tuh . pas2 xnk mengalah plak tuh nk aaron aziz je . klo dy nk aron salim bacik sumpah ak x kesah .

best sngt ke cite nih ? smpai gangster² muke kaki pukul pon leh layan ? haha

pengajaran cerita : xperlu nk tunjukkan kejambuaan korunk klo da badan tuh berketol² mcm kaki pukol . burok beno rupenye . hmmm


Wednesday, June 1, 2011

ada jalan

ari ni ari pertame ak praktikel . pkol 7 lg da bangon tido bkn main smngt lg kn . xpna2 bngon pkol 7 , slalu tido pkol 7 ade la time cuti sem br ni . setelah 15 minit bersiap² ak pun turun bawah untuk mencari bende² yg sesuai untuk ditelan ketika waktu terbit fajar . bukak tudung saji hanya tinggal pinggan yg berisi kn nasi goreng lutsinar saja . argghh lapar sungguh aku , selongkar² dapur akhirnya jumpa sebuku roti gardenia yg berperisa tuh . ala yg warne kuning² skit manis² tuh . setelah telan 3 keping disertakan segelas air sejuk dr peti ais yg berjenama takashima =,= sumpah jename tuh ak main tibai je , aku pun mengikat sepatu drmarteens yg mcm kasut kilang terbonjol di depan kemudian menggaya kn diri di depan pintu cermin sliding rumah aku tuh . macam bapak orang pun ade bile aku pakai kemeje . tanpa mengikut peraturan semasa ujian jPj ak terus mengidupkan enjin kereta kancil merah ibuku lalu memulakan perjalanan .

sblom ak pergi ke tmpt praktikel aku, ak hantar akak aku kt karangkraft seksyen 16 dy pon praktikel jgak . xpsl² ak jd drebar dy , setelah menghantar kakak aku tuh ak terus meneuju tmpat praktikel . disebabkan ak ni seorang yg sentiasa bersedia lebih tepat lg seorang yg alert la (sape x puas aT ngn statement ak ni leh shut down pc korunk skrg, haha ) sehari sblum praktikel ak da survey kt mane tmpt ak nk berpraktikel tingkat brape no brape pejabatnye . so dengan hati riang tanpa ragu² ak terus menuju pejabat yg berada di atas kedai tuh . sampai ak terus beri salam . buka je pintu pejabat , belum sempat ak berkata apa² , seorang bro yg merupakan pekerja di pejabat tuh berkata "err budak praktikelkn ? sila tunggu tunggu di ruang menunggu tetamu , tunggu sehingga name dipanggil ye" . lalu hati kecil ku berkata sejenak "eh ak g pejabat ke g klinik ni ?" . tunggu punya tunggu tetibe ade seorang lelaki bdak praktikel jgak masok pejabat . bkn main rancak lg ak berborak ngn dy dekat sejam jgak la berborak , yela lame menunggu name dipaggil . sampai satu mase ni ak tersedak + tergelak kate ko .

"eh sembang da lame , seronok sngt bercerita sampai lupa nk tanye name sape" ak bertanya kpd bdak praktikel yg rancak berborak ngn ak td . bkn main lg ak menggunakan ayat mcm dlm drama melayu

"a'a en , lupe plak nk kenal diri . name ak mayer" smbil tergelak dy membalas mungkin kerana ak menggunakan ayat mcm dlm drama melayu

"ape dy mayer ? mayer ?" kurang jelas pendengaran ak ketika itu mungkin effect drpd 3 keping roti gardenia yg ak santap pg td -,-'

"eh bkn lah , maher , alaa maher zain . orang slalu salah sebut name ak , bile ak sebut maher zain br diorang sebut betul" sambil tergelak dy membalas

"ooOOoo maher ~~~~" dlm hati ak tergelak kaw² mcm org yg x berhati-hati dijalan raya =,=' tp di depan dy ak hanya senyum sinis saje . panjang jgak la ak menyebut huruf O mase tuh

lepas je dy bgtaw name dy tuh , boleh kate dari start pkol 9 smpai la pkol 5 ptg asyik terbayang je maher zain mendendangkn lagu insyallah versi bahase melayu kt pale otak ak nih .


nasib baik muke dy x sebijik mcm dy nih , klo x mesti gambar profile picture facebook ak gambar bersame dengan maher zain -,-'

pengajaran cerita : marilah menghayati lirik lagu² maher zain . insyallah ♫♪ insyallah ♫♪ ada jalannya ♫♪