cerita ni berlaku minggu lepas , mase aku tengah rehat tengah hari . selepas selesai makan tengah hari di kedai makan riang2 yang berhampiran dengan office tempat ku berpraktikal , seperti biasa ak dan maher menonton tV di kedai makan tersebut sambil menunggu masoknye waktu solat zohor . cerita tidak lain tidak bukan sinetron cinta fitri di tv9 . oleh disebabkan pekerja di kedai makan tu semuanya cewek2 indonesia, meraka membuka sinetron di tgh hari, bila disuruh tukar siaran tv3 untuk tgk berita 1 tgh hari , aku dimarain , mereka bilang ngga' buleh tukar siaran , kerna itu sinetron peberet mereka ya udah , kok gua guna bahasa indon nie . kebiasaannya selepas sahaja sinetron itu tamat azan zohor akan berkumandang di surau yang berdepan dengan kedai makan itu
selepas tamat sinetron tuh , aku dan maher pun pergi ke surau untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang islam . tetapi kebiasaanya , sebelum aku dan maher mengambil wudu' , kami akan singgah ke tandas dulu . biasalah , lepas makan mesti membuang xkan lepas makan memburu rusa pulak . kebiasaanya maher akan memasuki jamban nyangkung , dan aku pula jamban duduk . disebabkan ketika itu aku memasuki jamban duduk tuh terlebih dahulu , aku tidak dapat mengenal pasti kedudukan maher di jamban yg ke berapa . tabiat kami semasa membuang suka berborak tanpa bersua muka . surau tu mempunyai 4 jamban , walau pun aku berada di jamban hujung dan maher berada dijamban yang pertama , kami tetap akan berborak semasa membuang . setelah 3 minit dalam jamban, maher memulakan perbualan dulu
"weyh cepat skit da 1.50 da ni, pkol 2 abis rehat nk sembahyang lagi" sambil meneran mahir menanyakan soalan
"ala rilek la , x yah kelangkabut bkn selalu pun masok lambat" aku membuka paip untuk mempercepatkan aktiviti aku . haha
"yela2" ringkas maher membalas
seminit lepas perbualan tuh aku terdengar satu bunyi yg melucukan hati aku . bunyi orang tgh meriah mencebok selepas membuang dari jamban lain .
"kecepok kecepok" <---- bunyi kuat orang tengah cebok
"amboi maher , meriah gile kau cebok" dalam jamban pon aku cakap kuat . tergelak ak dengar bunyi tuh
"eh ak da abis berak la . aku kt luar nie , orang lain la tu cepat la skit" maher membalas
aku terus mendiamkan diri dan terus mencebokkan diri aku , lalu keluar dari tandas . ok, kalo orang yang cebok bunyi kuat tu bukan maher , mesti orang lain . pas2 selambe plak ak cakap meriah gile ko cebok , bunyi kuat giler bagai . kompem orang tuh marah . tuh sebab aku cepat2 keluar dari tandas tuh . skali tgk jamban sebelah jamban aku td berkunci , pastu maher da ade kat luar tandas . aku terus masuk surau sembahyang buat2 macam xder pape . haha
kalo jamban kat surau tuh macamni , siyes ak xder nk bersembang time membuang
pengajaran cerita : nk cebok pon xyh la meriah sangat, xyh la bunyi kuat sangat sampai ak pun tergelak kaw2 dalam jamban mase tuh . haha