Showing posts with label menci mat wempit. Show all posts
Showing posts with label menci mat wempit. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

sEjarAh kePaleKu mEnjAdi sEngEt

aku seorang yang pendiam ketika berada di tadika . walaupun aku seorang yang pendiam, tidak bermaksud aku sedang membuang air besar didalam seluar . jujur ku katakan, aku tidak pernah ada sejarah² terberak dalam seluar semasa ak berada di tadika , sekolah rendah , mahu pun di asrama , apakan lagi di universiti . pendiam yang ku maksudkan itu . aku jarang bercakap bersama rakan² , suka buat hal sendiri , dan agak tenggelam dan tidak menjadi perhatian gadis² di tadika yang bernama "Pasti Nurul Hidayah" suatu ketika dahulu . semasa aku kecil hingga lah ak darjah tiga aku tinggal di rumah nenek ku di kampung yang berada di Sijangkang . ini bermakna cerita ni berlaku sewaktu aku masih kecil dan berada di kampung .



berbalik kepada tajuk entry . aku mula berubah , berubah dari seorang yg pendiam kpd seorang yg lebih meriah , seorang yg suke merepek bercakap dan membuat jenake selepas satu kejadian buruk menimpa ku . ok cerita bermula . Paaaaaaaaaaaaaaaada~ suatu hari , amboi da mcm cite sang kancil dgn buaya plak . ok siyes² . mase aku tadika 5 tahun ayah aku baru membelikan basikal 4 roda untukku , wah teruja sungguh aku ketika itu rasa seperti planet marikh itu aku yang punya . hendak saja ak tangkap gambar basikal 4 roda ku itu dan upload di wall facebook ku .( nie yg kecik² da bercamera + ber iT nie . ak merepek =,=') . aku mmg teruja ketika sngt ketika itu , boleh katakan tiap² petang aku bermain dengan basikal 4 roda ku itu di jalan raya yg berhadapan dgn rumah nenek ku.

ha mcmni la beskal tu . sbb ak ingt lg tayar beskal aku tu warne dy mcm ais cream pelangi padel pop .

sehinggalah suatu petang yang damai , ketika aku seronok mengayuh basikal 4 roda ku itu , aku merasakan aku sudah berada jauh dari rumah nenek ku . (padahal x jauh mane pown masih nmpk lg rumah nenek ak tu , budak²kn mase tu , jauh sikit je da rase jauh cm g kampung sebelah =,=') . so aku bercadang untuk membuat u turn untuk ku tidak rase jauh dgn rumah nenek aku . asal ayat aku cm keling tetibe nih =,=' . dalam mase aku hendak membuat u turn tu , baru je ak pusing setengah , tiba-tiba ......

vrooommmmmm~~~~ bang !!!!! sebuah motorsikal buatan Malaysia yang sedang laju melanggar ku . lalu aku tercamapak ke kampung sebelah . yang tercampak tu sumpah ak menipu =,='

aku dalam keadaan terbaring hanya separuh sedar ketika itu , aku hanya sedar tayar yang berwarne ais cream pelangi padel pop basikal 4 roda aku itu tercabut berguling² masuk ke parit di sebelah jalan itu . waktu itu kepale aku berdarah teruk , jiran aku yang sedang menyapu daun² kering di halaman rumahnya itu ternampak diriku yang disondol mat rempit td . dy berlari ke arah ku dan mengangkatku masuk kedalam keretanya dan selepas itu aku tidak menyedarkan diri . beberapa jam kemudian sedar² je aku da ade dkt klinik yang berdekatan .

pengajaran cerita : jgn sesekali membuat u turn tanpa menoleh kebelakang !

sedikit nota ringkas
selepas kejadian tu lah aku tidak menjadi seorang pendiam dan berubah menjadi seorang yang suka berjenake , sbb ramai kawan² aku kt tadika pelik melihat perubahan perangai aku . mungkin juga sbb pendarahan yang teruk di bahagian kepala aku ketika itu . jika umur mat rempit tu panjang lg , marilah kita semua ramai² mendoakan dia menjadi budak masjid skrg .