Showing posts with label ampunkan kami ustaz. Show all posts
Showing posts with label ampunkan kami ustaz. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

niAt nk aPpy² tP.....

ok cerita nie mase ak form 3 . teringat lagi mase tu semua baru je sampai kt asrama , baru habis bercuti . malam tu seperti biasa la baru sampai asrama ade je bende ingin diceritakan, yang sorunk tu pergi bercuti la pergi balik kampung la , pergi ke situ² sana sini ♫♪♫♪ la . ok dipendekkan cerita masa kawan² semua sibuk bercerita aktiviti di waktu cuti saya <--- tajuk karangan dajah 1 , tetibe kedengaran bunyi dam dam dum bunyi mercun kt luar ! seorang daripada rakanku melihat apa yang ada diluar . selepas dia  mengenalpasti ape yg berlaku diluar , dia terus masuk kembali ke bilik lalu dgn teruja dy berkata


"kawan-kawan kt luar ade bunga api merdeka!!!!" sambil mukanya riang seperti usop dlm antu kak limah =,='


ak lupe mase tu ade raye cine ke ape sampai ade bunga api . selepas semua rakan-rakanku mengetahui ada panorama bunga api yang meriah di luar . mereka meraka semua berlari keriangan sehingga memegang tangan rakan masing² sambil menyanyikan lagu rasa sayag♫♪♫♪ . yg tu ak merepek =,= . yg nie betol , mereka semua belari ke hujung koridor untuk melihat bunga api yang sedang rancak mengapikan bunganya . mase tu kami berada di tingkat 3 jika x silap ak . ditambah pula asrama kami berada di atas bukit la jgak . tp xder la tinggi mcm genting highland . HOH ? so pemandangan melihat bunga api ditempat tinggi begitu meriah . boleh kata hampir dekat 8 orang yg berada dihujung koridor tu melihat bunga api sambil terjerit² keriangan seperti beruk mendapat iphone ! boleh kate setiap kali bunga api tu meletop kami menjerit , teramat la bising !!! tiba-tiba .........


ZASSSSSSSSSS... seorang dr rakan ku "nanton" panggilanye , rasa belakangnya seperti dilibas ekor ikan pari  yg sedang hamil 3 bulan stgh(padahan rotan biase je) . mmg dy terkejut + sakit la kn . dengan hati yang agak panas ditambah pula jus mengkudu yg baru diproses , dy termelatah sambil niat untuk memarahi siapa yang memukulnya itu . 


agak² klo libasan nie yg kene mase tu mahu lumpuh di bahagian telinga sebulan =,='



"oooohh pantek" <---- loghrat nogori sembilan ( mungkin terlalu sakit libasan yang terkenanya itu )


nanton berani mencarut kerana mungkin dalam fikirannya , rakan² nya berniat ingin berguraw yang melibasnya . kami semua terdiam selepas terdengar jeritan kesakitan yang dialami si nanton nie dan tertanye siapa yang melibas dia . dengan muke ingin tahu , semua menoleh kebelakang dan melihat gerangan orang yang melibas sahabat kami itu . dengan keadaan terkejut + takot semua lumbe lari masok dorm . rupenye² ustaz a.k.a warden asrama kami . dalam masa kami berlari tu mmg tergelak tp menutup mulut . yela selambe je si nanton tu mencarut dan carutan itu ditujukan kepada seorang warden . hahahhaha , sumpah kenangan ni lawak bagi ak ! nasib baik ustaz tu x keja sampai masok dorm . mungkin dy da malas layan perangai budak² asrama ni .


pengajaran cerita: pasang lah sidemirror dibahu anda , supaya kita boleh mengetahui siapa yang pukul belakang kite =,='


sedikit nota ringkas
sumpah sedih kt si nanton tu , dy mmg seorang budak baik dikalangan rakan² kami . yang lawak tu antara kami yang jahat² nie dia yang mendapat libasan ikan pari tu . paling x boleh bela semua terbangang lepas tahu yang pukul tu ustaz . ak rase first time ustaz tu terima carutan dari pelajar depan² muke dy . kalau rakan² ak yang ade mase tu terbace entry nie mungkin mereka akan terkenang semula  :) indahkan kenangan di asrama !