kejadian berlaku pada hari selasa bersamaan 23 ogos 2011. waktu masuk ke pejabat aku pada bulan puasa awal , pukol 7:30 pagi perlu ada di office dan tamat waktu bekerja pada pukol 4:00 petang . disebabkan ak lewat seminit hari itu , waktu pulang aku dianjakan sebanyak setengah jam . itu lah peraturan officeku, tempat dimana ak menjalani praktikel . pukul 4:30 petang aku mula mengemaskan barang² untuk dibawa pulang kerumah . hari itu aku menaiki moto yamaha sukan biru awan nano ku ke pejabat . selepas aku mengikat tali pinggang ayahku topi keledar ku , aku pun turun ke bawah menuju ke motor kuatku itu -,-'
memang best bila waktu tamat bekerja ni , rasa segala beban abis disitu lagi² bila pulang dengan menaiki moto dengan memakai helmet kulup . bersiar² sambil menyanyi sekuat hati semasa perjalanan pulang adalah hobi tetap ak selepas pulang bekerja . setelah enjin motor sudah dihidupkan, aku pon menaiki moto kuat ku untuk pulang ke rumah , disebab kan hari raya hampir tiba aku mula mengambil mood raya dengan menyanyikan lagu seloka hari raya nyanyian uji rashid & hail amer tanpa mengira usia tua dan muda keadaan ak dijalan raya . sedang seronok aku terpekik terlolong mendendangkn lagu raya tiba-tiba
"vroouuuummm pret pret pret" <-- bunyi enjin moto kuatku mati T_T
ok ini la yamaha sport , tp aku punya buruk lg . sbb moto tu ak belom lahir lg dy da ade
agak malang nasib ku ketika itu kerana lebih kurang 1km lagi jarak untuk ku sampai ke rumahkusyurgaku . ak dengan sifat sabar sebagai seorang yg berpuasa di bulan ramadhan yang pernuh barokah ini , mula mengenalpasti punca kematian kucing jiranku enjin moto kuatku dengan membuka sit motor itu . lalu tangki minyak di buka dan agak memranjatkan, rupa²nya ada seekor katak telah berjaya menyumbatkn salur tangki minyak ku daripda menyalurkan sumbangan minyak ke enjin . ok sumpah ak tipu ! haha , yg sebenarnya minyak moto aku habis . secara automobilnye -,-' ak terpaksa tolak moto tu sampai rumah sambil helmet dikepala tidak ditanggal . malu >.< sampai rumah terus tidor berdengkor akibat kepenatan.