ok entry kali aku nk cerita pasal pengalaman aku kantoi berak x cebok dikhalayak ramai lepas tu bersemut ! wkwkw merepek , aku nk cerita pengalaman aku kantoi menceroboh bilik komputer diasrama mase aku form 3. klo nk lagi seronok korunk boleh bace bilik komputer 1 kt sini [SINI]. setelah aku dan rakan²ku pro menceroboh bilik komputer, aktiviti menceroboh menjadi bosan. sehinggakan game² dalam komputer tu pon da bosan tengok muke yang same je yang main. sehinggalah satu mase , yang mane budak kami teringin membuat baju batch sendiri. mase tu semua ego bukan main tinggi xnk design baju pakai lukis je . nk gune komputer bagai. make terpakse lah kami si kaki menceroboh , menceroboh untuk mendesign baju. mase tu da hujung² tahun , memang mase untuk mendesign baju mmg singkat sebab sudah hampir cuti akhir tahun,
dalam keadaan kelang kabut malam tu jugak kami menceroboh , malam tu kami menceroboh lebih awal lg dalam pukul 12 kami da masok . sedang kan senior masih lagi dikelas yang setingkat dengan bilik komputer tu . sebab mase tu fikir nk design cepat baju tu . kali ni lebih ramai , ade la dekat 5 orang yang masuk aku , meer , jubrok , aman , dgn sape lagi sorunk aku dah lupe . yang nk mendesign nye meer sorunk je . sbb mase tu hanya meer sorunk je yg hebat mengdesign tulisan di baju . tp gune paint je pun . yang lain masuk nk mean game termasuk aku . pada mulanya meer menggunakan komputer yg berada di hujung bilik komputer itu . komputer itu menghadap tingkap yg berhadapan dengan koridor di tingkat tersebut dan membuatkan cahaya dari monitor itu keluar dan boleh dilihat di koridor . jadi kami mengambil keputusan untuk mengalihkan kedudukan komputer itu menghadap ke dinding belakang . tapi apabila komputer itu dialihkan wayar yg menyambung ke plug monitor tegang kerana plug yg berada di dinding jaoh dengan kedudukan komputer itu .
setelah setengah jam mendesign tiba-tiba aku kedengaran bunyi bising dataran perhimpunan yg berada diaras bawah . dalam fikiran aku itu mungkin senior yang hendak pulang dari kelas selepas waku prep dalam pukul 1 begitu . masa tu aku betul² ingin tahu siapa yang berada di bawah . tanpa segan silu aku dengan konfiden pergi ke hujung tingkap bilik komputer itu untuk mengenal pasti siapa dibawah . dan secara tidak sengaja aku terlanggar wayar yang tegang komputer meer yang sedang khusyuk mendesign . bila dah langgar wayar tu apa lagi . kedebak gedebuk komputer tu jatuh dan menghasilkan bunyi yang kuat . senior² yang baru saja hedak pulang ke asrama tadi tu sedar akan bunyi itu , dan membuat kan mereka berlari naik tingkat 3 untuk mengnalpasti apa yang berlaku di bilik komputer . kamis berlima mase tu memang takot gile babeng la , bkn takot antu ke ape , takot ngn senior lorh . semua lari masok bilik kecil yang berada dalam bilik komputer itu jugak . kemudian
"kuar kau sekarang ! jangan cabar den, kau ingat den takot ko ?" kedengaran suara seorang daripada lapan senior yang ada ketitka itu menjerit memberi amaran sambil menolak pintu bilik komputer itu
mase tu senior kami mmg berani , sebab diorang kompem yang dalam bilik komputer tu manusia . diorang cakap diorang nampak bayang² orang berlari tadi . tu yang selamber je dia sound tu . kot la diorang nampak bayang² antu dalam cite khurafat tu . kompem diorang terus lari balik asrama . aku selaku punca kekantoian , keluar dan menyerah diri . senior mase tu semua pandai² belake, yelah xkn la aku sorunk² berani masok bilik komputer tgh malam buta tu . jadi dia suruh aku memanggil lagi siapa didalam . aku memang da x boleh buat pape da mase tu , terpakse la petik membe aku sorunk yang bernama jubrok tu . aku pilih dia kerana salah seorang dari senior yg reramai tu merupakan sedara dia . so mungkin la boleh diringankn sikit denda dari senior . yang lagi tiga orang sahabat kami tu dapat dicover sebab senior tanye ade lagi x ? kami tetap mempertahankan dengan menjawab tiada lagi . mereka hanya mampu senyap didalam bilik kecil tu . lagi pun mase tu senior hanya duduk diluar bilik komputer tidak masuk kedalam sebab mereka malas nk panjat .
setelah kantoi, aku dan jubrok diarahkan untuk pulang ke asrama . yang semua senior tu mengeringi kami ke asrama juga , semasa dalam perjalan ke asrama tu , senior kami cakap nak belasah la ape la . dalam kepale aku dan jubrok memang kompem la kene belasah ni . sampai² asrama je senior menyuruh aku dan jubrok ni pergi balik dorm tido . fuh , lega gile rase mase tu . senior x buat pape sedangkan besar kesalahan aku ngn jubrok buat . yang lawaknye sahabat kami yang tiga orang lagi tu masih lagi menyorokkan diri dalam bilik kecik yang berada di bilik komputer itu lagi . diorang x berani keluar kerana takut ade senior yang tunggu or usha dari jaoh . aku ngan jubrok da syok tido da time tu . aku ngan jubrok tido di dorm yang same , katil juga bersebelahan . setelah dua jam tido tiba-tiba kami dikejutkan oleh seseorang .
"jubrok ! jubrok ! jubrok ! bangon ! bangon ! ko ade kene ape² x ?" rupa-rupanya meer yang mengejutnya .
"korunk ape cite ?" jubrok dalam keadaan mamai tidak menjawab soalan meer td tetapi bertanya pula kepadanya
aku yang berada di katil sebelah terjage lalu menjawab "kiteorang x kene pape senior soh tido je, korunk bertiga pe cite ?"
"kat bilik komputer tu jugak kene dende + pukul , senior g sekolah balik lepas ikut korunk balik asrama tadi sebab x puas hati , diorang cakap mesti ade lagi budak dalam bilik tu . lagipon diorang nk tengok komputer yang jatoh tadi tu . diorang masok² bilik komputer je , cek² keadaan dalam bilik tiba² ehhee ade lagi 3 . kantoi suda" meer dalam keadaan berpeluh² bercerita
"asal korang x kuar pas senior sume belah ? korunk kene dende ape ngn senior td ?" aku dengan muke sedikit tergelak dan tertanye²
"sialnye senior , ko bayangkan la , diowng soh kiteorang 3 buat motor sambil diorang pasang air cond paling kuat . lepas tu diorang letak kertas kt lantai , diorang cakap nak 10 titik peluh kt kertas tu dekat sejam jgak la buat moto pastu kene pukul kt situ jgak. aku x keluar takot ade yang usha dr jaoh ke atau ade yang tunggu kt luar ke" sambil muke x puas hati ditunjukkan meer
ak dan jubrok hanya mampu geleng kepale sambil menumpang simpati saja lalu sambung tidor . pada dalam hati seronok sebab x kena pape dengan senior
macam nie la buat moto, lepas tu kt lantai senior letak kertas bertentangan dengan dagu sorunk 1 lepas tu nk tengok 10 titik peluh kt kertas tu . mmg hitler betol !
pengajaran cerita: sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juge . kantoi busuk plak tu
sedikit nota ringkas
seminggu lepas kantoi tu , budak batch ak ader perjumpaan dengan senior pasal masalah yang kami buat kt asrama . ade la mcm masalah kecik tu bangon subuh lambat , tido dalam musolla time isya' mcm² lg la . tapi kami berlima special kes . mase tu aku ngn jubrok turut kene pukul . da la dalam dorm ketua sukan . semua jenis bola ade dalam tu . abis semua bola diorang gune . suroh kiteorang berdiri , pastu buat macam amik penalti sepak bola kt kiteorang . tp xder la terok mane kiteorang kne pukul malam tu . normal la duduk asrama kene pukul . bagi kami perkare pukul kt asrama da jadi biasa . da buat salah nk bg pengajaran kene pukul je la . kire fair la , sbb senior tutop mulut pasal kiteorang ceroboh , kiteorang pun kene la tutop mulut kne pukul . tp bagi aku ini pengalaman yg sngt menarik bagi seorang budak asrama . weee k bai
9 comments:
sengal sungguhhh!!!!
kamu sebagai punce kekantoiyan, kamu tak ase brsalah ke terhadap rerakan anda yang kene mengeluarkan 10 butir peluh itu??? HAHAHAHA... ;D
brutal nak mati. O_O
ima - eh rase serbe salah la , sebab menyerah diri time senior pggl tu .
cely - normal dok asrama . xder brutal de lah .
wei ... aku tggu crite time kena tahan polis time baru balik pendek dulu...yg poyo2 kencing tu .. haha!!
kecik - next month aku cite yg tu . sbb ade bilik komputer 3 nk di citekan
bape byk kali ko ceroboh senanye. -_-
lebih dari seploh kali jgak la =,='
itu yg time form 3
time sPm ade ceroboh gak . huhu
mak aihh
aq la yg lg sorg 2...haha...
aq,abid dgn amer..
Post a Comment