Tuesday, November 15, 2011

lawak tp sengal

Dalam masa 5 bulan 2 minggu aku menjalani praktikel di Asiah & Associates, satu kejadian yang lawak telah berlaku sehinggakan diri aku sendiri tidak boleh menerima kesengalan yang telah aku lakukan . Setelah aku selesai menyiapkan tax computation Ajam Muda Sdn Bhd, tax computation yang telah siap aku binding perlu dihantar kepada Bos Ajam Muda Sdn Bhd yang bernama Encik Zamree bin Noh . Kebetulan waktu itu seorang staff di office aku ingin pergi ke Pejabat Pos untuk mengepos AR(annual report) ngn AGM(annual general meeting)ke company yang berada di luar Shah Alam.


"kau nak g pejabat pos ke cap ?" aku bertanya sambil membuat muka meminta tolong


"ha'ah, nak pos laju AR ngan AGM ni" laju dia bercakap seperti mengejar sesuatu

"weyh cap kirim ! tolong pos laju tax computation ni skali cap" sambil memasukkan tax computation tadi kedalam sampul surat


"laaaaa mane alamatnye  ? tulis cepat! pejabat pos nak tutup da ni" jam tangannya ditunjukkan ke arah aku


Dengan sepantas tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua -,-' aku menulis alamat lalu memberikan surat yang ingin diposkan itu . Keesokan harinya , aku berasa amat terkejut apabila surat yang aku suruh si acap pos laju semalam ada di atas meja aku . Pada awalnya bos aku cakap , mungkin Encik Zamree kurang paham  tentang apa isi tax computation nya itu, cepat saja dia memulangkan balik surat itu ke pejabat . Mana taknya , office Encik Zamree tu berada di Gombak, Office aku berada di Shah Alam . Mana mungkin surat itu boleh kembali secepat itu . Mana mungkin kok bahasa indonya terkeluar ? fail aku nk bercerita secara formal ni. Setengah jam selepas itu....

"Muzakkir tengok ni kejap" kak su(akak yg menjaga budak praktikel di office aku) cuba menunjukkan sesatu 


"Ape dia kak ?" tertanya² aku dibuatnya

"kamu tulis alamat terbalik kt surat ni , patotnya pengirim ni name Asiah& Associate, name penerima Encik Zamree tuh, sebab tu surat tu terus sampai sini . nasib baik bos tak perasan td" sambil tergelak dia memberitahu kesalahan yang telah aku lakukan 

"HAHAHAHAHA, akak ! sory saye pon x perasan , nak cepat mase tuh" aku pon tergelak kate ko !

akibat dari kejadian tersebut , nama aku sentiasa disebut² apabila budak praktikel yang lain disuruh pos laju sesuatu surat!

pengajaran cerita: banyakan menulis surat supaya kejadian seperti ini tidak berlaku -.-

No comments: