Monday, March 28, 2011

Biskut sTrike + TungGang terBAlik

aku nk tunjuk mcmmane nk buat tulisan terbalik & tulisan strike kt status fb korunk . mungkin ade yang da tahu dan mungkin ade yang belum tahu . sebab ade kengkadang tu ak post status ak tulisan tunggang terbalik . diorang teruja tanye mcmmane nk buat ? so ak share la bende yang aku tahu nie . 



untuk tulisan terbalik :
http://www.upsidedowntext.com/


untuk tulisan strike plak :
http://adamvarga.com/strike/


da tulis tulisan yang nk di terbalikkn/strike . copy tulisan yg da jadi terbalik/strike kt box bwh tu paste kt status fb korunk


korunk leh combine due2 tulisan ni jika nk .
ok itu saje . selamat mencuba :)

Saturday, March 26, 2011

beRfixie diPagi hAri

ak malas nak menaip cerita baru . kalau ak bercerita pun bukanye ade orang yang bace , sebab tu aku rase malas sangat nak bercerita kat blog aku ni . eh Muzakkir ! da cerita ko x menarik, memang la xder orang nak bace apada . kau jangan bajet la kn <--suara hatiku berkata .  kesimpulanya ak letak gambar je la untuk korunk layan . sekali sekale ade jugak terasa nak jadi macam photographer . kau jangan nak bajet skali lagi la Muzakkir <---sekali lagi suara hatiku berkata , kali ni dengan nada yang marah ! gambar² ni ak ngn panjang snap lepas breakfast yang aku bawak 3in1 dalam entry sebelum ni . pakai kumera milik housemate aku seli lily . beskal fixie tu sahabat kami yang punya pekong nama panggilanya . ok layan~

photo taken : Muzakkir Sazali & Nazreen Zulkanian
camera : Nikon D3000 seli punye
lens : d80
edited by : Muzakkir Sazali
software used : Photoshop cs5















 skali lagi aku memnbajetkan diri , kali ni bajet macam bruno marshmelo plak . argh ak nie mmg kuat bajet la 

ok da bye :)



Wednesday, March 23, 2011

ini cErita tiga dalAm satu

minggu lepas di pagi hujung minggu yang agak aman , aku dan seorang sahabatku iaitu panjang bercadang untuk breakfast di kedai pakcik yang wajahnya seiras2 aR tompel . pakcik tu baik berkupiah lagi tapi entah mengapa aku suka mencari kembar seiras bila ak melihat seseorang . aku dan panjang gemar breakfast di kedai pakcik tu kerana dekat dan berpatutan harga makananya , nasi lemaknya pula dibasahi dengan sambal yang diperbuat daripada cili india kacukan pakistan . manis2 pedas rasanya . akan tetapi saiznya pula mengecewakan hanya sekali genggam pun boleh habis aku rasa . biasa la tu nasi lemak kampung memang cute2 belaka bersesuaian dengan harganya 50 sen sebungkus . owh patut la ramai awek2 kampung yang cute , mungkin mereka semua hari makan nasi lemak kampung yang cute2 gituh . merapu sudah aku nih , setalah pukol 7 pagi cerita pun bermula

"muz jom breakfast" panjang mengajak aku sambil bersiap2 memakai baju

"ok jom , eh jang ko nk jimat x ? kau bawak bende nie" dengan muka tahan gelak

"eh boleh ke bawak bende tu ?" panjang tertanye2 sehingga muncul tanda soal besar diatas kepalanya

"kau rilek je , xkn la kau x pernah buat ? aku kt asrama dulu selambe je . kt shah alam pun kengkadang aku buat" aku membalas pertanyaan panjang 

"yela2 , kau bawak dua aku bawak dua" panjang akhirnya termakan umpan yang aku beri

memang best suasana pagi di arau , lagi2 nk pergi breakfast sambil berfixie seronok oh tengok matahari terbit tepi sawah . kedai pakcik tu tidak berapa jaoh dari rumah sewa kami , kira-kira dua puloh kali kayuh sampai lah . tiba saja di kedai pakcik itu seperti biasa lah, aku ngan panjang paling tidak mesti makan nasi lemak 2 bungkus dan air suam , kengkadang air panas , kengkadang air berperisa . tapi pagi tu aku ngan panjang order air panas , betul2 panas . mungkin kerana cuaca yang sejuk ketika pagi itu . setelah kenyang makan aku dan panjang pergi lah bayar kt pakcik tuh

"makan pa tah ?" pakcik tu sudah bersedia sambil kalkulator di tanganya

"nasi lemak 2 air panas 1 dengan rokok suria sebatang" panjang menghulurkan seringgit 60 sen, lalu panjang tunggu aku di basikal

sampai giliran aku plak nk bayar

"makan apa ?" kali ni pakcik tu lagi bersedia dengan kalkulator ditangan dan juga kain yang dililit di kepala seperti orang jepun sedang membuat latihan matematik . haha

"nasi lemak 2 air panas 1" ak da ready seringgit di tangan

"eh air panas ? ang minum air pa td ? awat gelas tu air dy warna lain ?" pakcik tu hilang kepercayaan kat aku dan inginkan bukti yang aku minum air panas je.

ok mase tu aku dengan muke yang tebal kaw2 nye mengeluarkan plastik nescafe 3in1 yang aku dengan panjang bawak dari rumah dari poket seluar aku tunjuk kat pakcik tu. pakcik tu sambil tekan2 kalkulator tergelak dan menyebut huruf OoOOo . yang panjang da kayuh jauh2 sikit . argh aku tak kisah pun janji jimat :)

halusssss~ je

pengajaran cerita: kalo nak minum sedap di kedai makan sambil berjimat bawaklah 3in1 dari rumah ye, order air panas je . weeeee :)

sedikit nota ringkas
panjang mase tu dia minum abis , tu yang x kantoi tu . aku minum x abis ade lg air nescafe dalam cawan tu . pakcik tu pun pelik la . macam mane boleh cakap air panas tp ari berwarne gituh . haha cara jimat nie aku penah praktikkan time kt asra dulu . klo kt asrama lagi la fly malam bawak 3in1 + meggi paket lg. kt shah alam ak selambe je buat . lepak mapley pun kengkadang bawak 3in1 . nk jimat punya pasal .